Marouane Fellaini mendedahkan bahawa dia masih berhubung dengan pengurus Tottenham, Jose Mourinho, tetapi menolak spekulasi bahawa mereka akan kembali bekerjasama bulan depan.

Pemain berusia 32 tahun itu sempat beraksi di bawah bimbingan Mourinho ketika di Manchester United dan dilaporkan menjadi sasaran Spurs menjelang jendela perpindahan bulan depan.

Walaupun masih berhubung dengan bekas pengurusnya itu, yang dilantik oleh Tottenham bulan lalu, Fellaini gembira untuk beraksi dalam kancah Liga Super China bersama Shandong Luneng.

"Jose memang istimewa buat saya. Kami saling menghantar mesej, kami saling berbalas panggilan dari semasa ke semasa," katanya kepada Eleven Sports.

"Dia sedang mengemudi Spurs dan melakukan tugasnya dengan terbaik. Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya. Namun, saya selesa di mana saya berada ketika ini."

Fellaini berpindah ke China pada awal Februari lalu dan membantu Shandong untuk menamatkan musim pertamanya bersama kelab itu di tempat kelima.