Marouane Fellaini telah menyempurnakan penghijrahan dari Manchester United untuk menyertai kelab Liga Super China (CSL), Shandong Luneng.

Fellaini dipercayai telah menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk bersaing dalam CSL dan bakal menerima GBP30 juta (RM160 juta) selepas cukai sepanjang kekal di China.

Pemain kebangsaan Belgium itu menyertai United pada 2013, mengikut jejak langkah David Moyes dari Goodison Park ke Old Trafford.

Fellaini tampil sebagai salah seorang pemain penting ketika United di bawah kendalian Louis van Gaal dan Jose Mourinho, namun sejak pelantikan Ole Gunnar Solskjaer pada Disember, dia sekadar beraksi dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Fellaini meninggalkan United selepas memenangi Piala FA, Piala EFL dan Liga Europa (UEL).