Ketua jurulatih Norwich City, Daniel Farke, telah menandatangani perjanjian empat tahun yang akan mengekalkannya di kelab sehingga 2025.

Pengendali kelahiran Jerman itu tiba di Carrow Road pada 2017 setelah dia berlepas dari Borussia Dortmund dan membimbing Canary ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim keduanya.

Selepas tersingkir pada 2020, pengurus berusia 44 tahun itu memastikan meraih 97 mata sebelum menjuarai gelaran Kejuaraan dan kembali ke EPL.

"Saya seperti benar-benar berada di atas bulan dan berasa cukup penuh beremosio pada saat itu. Saya sangat berterima kasih atas semua kepercayaan dan sokongan," kata Farke kepada media kelab semalam.

"Adalah suatu kebahagiaan jika dibenarkan untuk terus bekerja di tahap ini dengan sebuah kelab istimewa dan pemilik kami yang luar biasa, Delia dan Michael."

Penolong pengurus Farke, Eddie Riemer, ketua bahagian prestasi, Chris Domogalla dan jurulatih pasukan pertama Christopher John semua menandatangani kontrak baru untuk tempoh yang sama juga.