FAM tunda keluarkan senarai pemain kem latihan skuad kebangsaan

Ammar Hakim
Januari 11, 2021 11:15 MYT
Senarai pemain bagi kem latihan kebangsaan sepatutnya dikeluarkan hari ini namun terpaksa ditunda ekoran pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi yang mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri.
Difahamkan satu keputusan melibatkan kem latihan skuad negara akan di putuskan selepas selesai mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berlangsung esok dan ini reaksi Setiausaha Agung badan induk itu, Stuart Ramalingam, berkenaan pengumuman petang tadi.
"Sepatutnya senarai pemain yang menyertai latihan skuad kebangsaan dikeluarkan hari ini tetapi kami menunggu terlebih dahulu perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi terlebih dahulu," kata Stuart.
"Kami akan membincangkan bersama ahli exco FAM sebelum mendapatkan keputusan presiden bagi meneruskan atau sebaliknya."

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT : pic.twitter.com/1Rhan6LRhz

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) January 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.