FAM teliti insiden kontroversi Sri Pahang-Sabah

Ammar Hakim
Mac 14, 2023 08:28 MYT
'Tindakan akan diambil', itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, mengenai insiden kontroversi yang melibatkan mutu pengadilan perlawanan Sri Pahang FC menentang Sabah di Stadium Darul Makmur pada Ahad.
Situasi tegang pada minit ke-66 permainan itu juga menyaksikan pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, dilayangkan kad merah selepas melakukan bantahan kepada pengadil bertugas.
Difahamkan, Kim Swee meluahkan kekecewaannya ekoran tiada tindakan yang diambil selepas Darren Lok ditolak dalam kotak penalti Sri Pahang dan perkara itu sedang berada dalam penelitian Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM.
"Pengadil telah melayangkan kad merah kepada pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, kami telah mendapatkan laporan mengenai prestasi pengadil dan ia akan dinilai dengan lebih teliti sebelum kami mengambil langkah seterusnya," kata Noor Azman.

Penyerang @OfficialPahang, Kpah Sherman mengakui kelemahan di aspek serangan menyaksikan dia agak bergelut untuk menguasai bahagian depan secara individu ketika menentang Sabah FC dalam aksi Liga Super, Ahad lalu.#LigaSuper2023 #DemiLigaKita

— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #FAM #Persatuan Bolasepak Malaysia #Sabah FC #Sri Pahang FC #DemiLigaKita #Noor Azman Rahman