Fabian Ruiz menegaskan gembira di Napoli selepas dikaitkan dengan Atletico Madrid dan gergasi LaLiga, Real Madrid dan Barcelona.

Bintang Napoli dan Sepanyol, Fabian, berulang kali bakal kembali ke negaranya, di mana Atletico, Madrid dan Barca dilaporkan berminat dengannya.

Fabian -- yang memiliki kontrak bersama kelab Serie A, Napoli sehingga 2023 -- telah membintangani Itali sejak tiba dari Real Betis pada 2018.

"Saya sangat gembira di Napoli dan memiliki dua tahun lagi kontrak di sana.

"Kini saya hanya fokus kepada perlawanan seterusnya dan ia dijangka ujian yang sukar," kata Fabian menjelang aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Kosovo.

"Mengenai LaLiga, tidak diragui ia adalah salah satu liga paling kompetetif di dunia dan banyak pemain serta pasukan terbaik dunia.

"Namun, setiap pemain hanya berusaha melakukan yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Kadang kala anda harus berpindah ke luar negara tetapi tidak bermaksud liga itu lebih baik. Para pemain hanya berminat dengan kebahagiaan dan pekerjaan mereka, jadi mereka membuat keputusan sendiri.

"Saya tidak dapat mengatakan mana yang lebih baik tetapi saya yakin LaLiga adalah salah satu daripada tiga liga terbaik dunia."

Fabian meledak satu gol dan melakukan satu assist buat skuad kendalian Gennaro Gattuso dalam Serie A musim ini.