Pengurus Everton, Ronald Koeman, menerima Diego Costa dengan tangan terbuka jika dia sudah bersedia untuk meninggalkan Chelsea.

Koeman telah mengetengahkan keinginannya untuk membawa seorang lagi penyerang ke Goodison Park dan Costa kini telah diketepikan oleh Antonio Conte selepas tidak berada dalam perancangannya.

Atletico Madrid telah dilaporkan mendahului saingan untuk menandatangani Costa, dengan pemain itu telah meluahkan hasratnya untuk kembali semula ke Sepanyol.

Gergasi Itali, AC Milan, turut dikaitkan mahu mendapatkan pemain tersebut tetapi masih terdapat pilihan buat pemain kebangsaan Sepanyol itu terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya sentiasa menerima kehadiran Costa ke Everton dengan tangan terbuka. Dia adalah pemain yang berkualiti.

"Kami akan berbincang dengan kelab selepas ini. Kami sedang sibuk membuat persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan yang penting."

Everton telah menjaringkan dua gol dalam dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) -- kedua-duanya hasil jaringan Wayne Rooney.