Virgil van Dijk mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Euro 2020 bersama Belanda atas faktor kecederaan.

Ketua pasukan Belanda itu memilih untuk memberi perhatian kepada tahap pemulihannya dan persediaan latihan pra-musim dengan Liverpool.

Pertahanan berusia 29 tahun itu terlepas hampir keseluruhan musim ini gara-gara kecederaan ligamen lutut ketika menentang Everton pada Oktober lalu.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp baru-baru ini menggugurkan harapan peminat untuk melihat Van Dijk kembali beraksi musim ini dengan mengatakan pemain itu masih dalam perjalanannya untuk kembali berlatih.



Van Dijk kini tidak akan mempertaruhkan program pemulihannya dengan beraksi dalam meskipun dia kecewa kerana tercicir.

Dia memberitahu laman sesawang Liverpool: "Di tahap ini, saya telah membuat keputusan yang harus saya buat: iaitu adakah saya akan terlibat dalam Euro, ya atau tidak?

"Dengan semua yang sedang berlaku, saya merasa secara fizikal adalah keputusan yang tepat bahawa saya telah memutuskan untuk tidak pergi ke Euro dan menjalani fasa pemulihan terakhir saya di luar musim.

"Jadi, tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada pra-musim bersama kelab dan itu adalah matlamat yang realistik, jadi saya menantikannya.

"Jelas saya sangat kecewa kerana terlepas kejohanan Euro, terlepas kejuaraan Eropah dan mengetuai negara sendiri tetapi saya harus akur -- kita semua harus menerimanya.

"Saya rasa keputusan untuk tidak pergi adalah keputusan yang tepat. Ia sukar, tetapi saya akan menelannya.

"Saya berharap dapat beraksi untuk peminat dan Belanda, kami akan berusaha untuk mencapai kejohanan seterusnya (Piala Dunia).

"Mudah-mudahan saya dapat rakan-rakan untuk kejohanan bersejarah tetapi kami tidak berkesempatan.

"Ini akan menjadi sangat-sangat sukar tetapi semoga ia memberi pulangan yang memberangsangkan buat 18 bulan untuk kelab dan negara."

Belanda diundi Kumpulan C di samping dengan Ukraine, Austria dan Macedonia Utara.