Stefan Tarkovic memuji usaha Slovakia dalam 'meneutralkan' Robert Lewandowski dalam kemenangan mengejut 2-1 ke atas Poland dalam Euro 2020.

Slovakia memperoleh kemenangan kedua dalam Kejuaraan Eropah sebagai negara bebas hasil gol Milan Skriniar pada minit ke-69 di St Petersburg semalam.

Jaringan sendiri daripada Wojciech Szczesny, membenarkan Slovakia mendahului dalam separuh masa namun ia dinafikan dalam tempoh 32 bermulanya separuh masa kedua hasil jaringan Karol Linetty.

Namun layangan kad merah Grzegorz Krychowiak mengubah struktur perlawanan yang memihak kepada Slovakia dan gol ketiga Skriniar dalam empat perlawanan terakhir memastikan Slovakia meraih tiga mata.



Kunci kejayaan Slovakia adalah menjejaskan pengaruh Lewandowski. Dia mempunyai sentuhan paling sedikit dari mana-mana pemain Poland dalam separuh masa pertama (22) dan menamatkan perlawanan dengan 39. Tidak satu pun daripada lima percubaannya menepati sasaran, bermaksud dia masih belum menjaringkan gol dalam kejohanan besar sejak Euro 2016.

Ditanya mengenai bagaimana mereka mematikan gerakan penyerang yang memecahkan rekod Gerd Muller dalam aksi Bundesliga dengan 41 gol pada musim 2020-21, Tarkovic memberitahu sidang media, "Saya berasakan seluruh pasukan bermain dengan baik, kami bersedia menghadapi secara Poland dan Lewandowski merupakan pemain penting bagi mereka.

"Skriniar secara peribadi tidak mengawal Lewandowski, tetapi dia berjaya melakukan tugas dengan baik ketika bertahan sekaligus berjaya meneutralkan penyerang berbisa itu.

"Selepas kemenangan ini, tekanan akan menjadi lebih tinggi dalam kumpulan ini. Bagi saya, ini bukan mengenai keputusan apa yang diperoleh, tetapi lebih kepada membuktikan kemampuan kami. Kami akan menikmati kemenangan ini tetapi esok kami akan memulakan persiapan menghadapi Sweden.

"Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya, saya berasakan ia cukup bermakna bagi semua orang yang telah berusaha untuk pasukan, staf pelatih, semua orang di sekitar pasukan.

"Kami menghabiskan tiga minggu bersama dan kami mempunyai masa untuk menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang ingin kami tumpukan. Masih ada dua perlawanan sukar untuk kami tetapi apa yang benar-benar bagu adalah kerjasama antara setiap pemain mereka telah menunjukkan negara Slovakia dan peminat bahawa mereka ingin memperjuangkan Slovakia."