Euro 2020: Sepanyol diambang penyingkiran

Ammar Hakim
Jun 23, 2021 05:34 MYT
Luis Enrique menerima kritikan menjelang aksi penting Sepanyol dalam pertemuan Kumpulan E dengan Slovakia, di mana satu lagi keputusan seri tidak cukup untuk mereka lolos ke pusingan 16 Euro 2020.
Sepanyol seri dengan Sweden dan Poland setakat ini dan mungkin mengikut jejak langkah Portugal pada 2016 dengan menjadi pasukan kedua seri dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan Kejuaraan Eropah.
Portugal memenangi kejohanan tersebut, tetapi Sepanyol mengakhiri saingan di tempat ketiga tidak cukup untuk mereka layak ke peringkat seterusnya.
Situasi itu membimbangkan Luis Enrique, yang mengendalikan pasukan yang gagal melunas peluang untuk menang dalam dua perlawanan sebelum ini.
Sepanyol seri dalam empat perlawanan kejohanan utama, satu mata sudah memadai buat Slovakia, memastikan mereka mara buat kali ketiga dalam tiga penampilan ksaingan utama, selepas Piala Dunia 2010 dan Euro 2016.

✈️ Así ha sido el viaje en avión de la @SeFutbol desde Madrid hasta Sevilla. ? Decenas de personas han animado a los jugadores de la @SeFutbol a su llegada al hotel de la capital hispalense. ¡GRACIAS por el recibimiento! ? Juntos, equipo y afición, #SomosEspaña.#EURO2020 pic.twitter.com/HSLN2JgTgO

— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) June 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, berkata, "Kami menghasilkan peluang secukupnya untuk menang kedua-dua perlawanan.
"Kami jurulatih memahami sepenuhnya bahawa tugasan kami dinilai menerusi keputusan yang diperoleh, dan apa maksud di sebalik kegagalan mencapai objektif yang ditetapkan.
"Saya berharap selepas berakhirnya aksi ini, kami akan mara ke pusingan kalah mati sekaligus menjuarai peringkat kumpulan. Sekarang saya akan menerima kritikan."
#Luis Enrique #Sweden #Portugal #Poland #Slovakia #Sepanyol #EURO 2020