Gianluigi Donnarumma mendedahkan dia tidak menyedari Itali telah menewaskan England selepas menafikan penalti Bukayo Saka dalam final Euro 2020.

Pemain berusia 22 tahun itu turut menepis percubaan Jadon Sancho, sementara Marcus Rashford merembat bola terkena tiang, sekaligus menyaksikan Itali menang 3-2 menerusi penentuan penalti di Wembley.

Reaksi Donnarumma menafikan percubaan Saka sungguh bersahaja, dengan penjaga gol itu berjalan ketepi sebelum dikerumuni rakan sepasukan.

Tetapi dia menjelaskan mengapa bersifat sedemikian dalam membantu Itali menjulang Kejuaraan Eropah yang pertama sejak 1968 disebabkan dia terlupa kedudukan antara kedua-dua pasukan, daripada mengawal emosinya.

"Saya tidak menyedari kami sudah menang," katanya kepada Sky Sport Italia. "Saya melihat pengadil dan cuba memahami apakah yang sedang berlaku.

"Kemudian saya menoleh kepada rakan sepasukan mereka berlari ke arah saya dan meraikan kemenangan Itali."

Donnarumma dinobat sebagai Pemain Terbaik Kejohanan selepas persembahannya ke atas England, diikuti selepas menafikan percubaan Sepanyol dalam penentuan penalti.