Pemain tengah England, Declan Rice, mengakui tidak sabar untuk 'menikmati' peluang untuk bertemu gandingan bintang Jerman, Toni Kroos dan Thomas Muller dalam pertembungan pusingan 16 Euro 2020 Selasa ini.

Skuad kendalain Gareth Southgate menjuarai peringkat kumpulan, memperoleh tujuh mata daripada perlawanan bertemu Croatia, Scotland dan Republik Czech tanpa dibolosi jaringan, memastikan mereka membenarkan untuk lolos ke pusingan kalah mati di Stadium Wembley.

Mereka bakal bertemu Jerman buat kali ketiga dalam Kejuaraan ERopah dan pertama kali dalam perlawanan kalah mati sejak Three Lions tewas menerusi penalti dalam separuh akhir Euro 96.

Pemain tengah West Ham, Rice, turun dalam ketiga-tiga perlawanan England setakat ini dan dijangka kekal dalam kesebelasan utaam bertemu dua pemain yang dikaguminya.

Selepas Bayern Munich menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) tahun lalu selepas mengatasi Paris Saint-Germain, Rice berkata, "Muller merupakan antara pemain yang terbaik namun kurang diberikan perhatian! Pemain bola sepak yang serius."

Ketika Real Madrid menang 3-1 ke atas Liverpool dalam final UCL, Rice berkata, "Menonton Toni Kroos beraksi sangat istimewa." Pemain tengah Los Blancos, Kroos membalas, "Terima kasih sahabat."

Kroos telah menjadi teladan untuk juara dunia 2014 sejauh ini dalam kejohanan ini. Tidak ada pemain yang melengkapkan lebih banyak hantaran di final daripada pemain berusia 31 tahun (280), dengan 217 daripadanya berlaku dalam kawasan pasukan lawan.

Bercakap dalam sidang media semalam, Rice menyifatkan Kroos sebagai 'pemain kelas dunia' dan mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemunya.



"Apabila ada perlawanan besar dan anda menonton, anda menghargai kualiti pemain bola sepak berkelas dunia. Saya berasakan Muller dan Kroos adalah antara pemain yang cukup berkualiti.

"Saya ingin memasuki perlawanan ini dengan melakukan yang terbaik. Ini adalah perlawanan England bertemu Jerman, pusingan 16, di Wembley, ini saya akan memberikan persembahan yang terbaik sebagai satu pasukan.

"Kroos pemain bertaraf dunia, pemain tengah lain seperti saya ingin menguji diri kemampuan diri sendiri. Tetapi kita perlu menggunakan fizikal dalam usaha untuk menghalangnya daripada melakukan hantaran."