Cristiano Ronaldo telah menegaskan penyingkiran Portugal akan membuatkan mereka lebih kuat pada masa akan datang.

Perjalanan Portugal mempertahankan gelaran diakhiri oleh jaringan Thorgan Hazard ketika skuad kendalian Fernando Santos tewas 1-0 dalam pusingan 16.



The Selecao menang hanya sekali daripada empat perlawanan Euro 2020, di mana mereka amerupakan pasukan yang paling meraih kemenangan dalam satu Kejuaraan Eropah sejak penampilan pertama mereka pada 1984 (satu kemenangan juga).

23 percubaan direkodkan Portugal bertemu Belgium merupakan bilangan tertinggi oleh sebuah pasukan dalam saingan Euro 2020 tanpa menjaringkan gol, dengan Ronaldo bertanggungjawab atas empat percubaan.

Di sebalik kecewa dengan penyingkiran dalam pusingan 16, bintang Juventus, Ronaldo, berbangga dengan rakan sepasukannya dan menjangkakan masa depan cerah bagi juara Euro 2016 dan Liga Negara-Negara 2019 itu.

"Kami tidak mendapat hasil yang kami mahukan dan kami meninggalkan perlumbaan lebih cepat daripada yang kami mahukan," kata Ronaldo menerusi Instagram.

"Tetapi kami berbangga dengan perjalanan kami. Kami memberikan segalanya untuk mempertahankan gelaran juara Eropah dan pasukan ini membuktikan bahawa ia masih dapat memberikan banyak kegembiraan kepada rakyat Portugal.

"Penyokong kami tidak kenal lelah dalam menyokong pasukan dari awal hingga akhir. Kami berusaha dan berjuang untuk mereka.

"Tidak mungkin untuk sampai ke tempat yang kami semua mahukan, tapi inilah ucapan terima kasih yang tulus dan mendalam.

"Tahniah kepada Belgium dan semoga berjaya kepada semua pasukan yang masih dalam pertandingan. Bagi kami, kami akan kembali lebih kuat."