Roberto Mancini menggesa pemain Itali 'berseronok' ketika mereka berusaha untuk melakukan dua rekod kebangsaan dalam pertembungan pusingan 16 Euro 2020 bertemu Austria di Stadium Wembley awal pagi esok.

The Azzurri menyerlah dalam peringkat kumpulan, menjaringkan tujuh gol -- paling banyak mereka hasilkan dalam kejohanan utama sejak 1998 -- dalam kemenangan ke atas Turki, Switzerland dan Wales.

Skuad kendalian Mancini telah menang 11 kali berturut-turut tanpa dibolosi, gawang The Azzuri tidak dibolosi selama 17 jam dan 35 minit sejak Donny van de Beek kali terakhir menjaringkan gol buat Belanda pada Oktober 2020.

Satu lagi keputusan perlawanan beraksi dengan tidak dibolosi bakal menyaksikan mereka menyamai rekod kebangsaan Itali (12 perlawanan), ditetapkan antara 1972 dan 1974, sementara juga melepasi jumlah minit sebelumnya (1,143) tanpa membenarkan sebarang gol masuk.

Mereka kini melewati 30 perlawanan tanpa tewas, turut menyamai rekod ketika Itali di bawah bimbingan Vittorio Pozzo antara 1935 dan 1939.

Suku akhir bertemu Belgium atau penyandang juara Portugal di Munich menanti mereka jika mengatasi Austria, dan Mancini mahu pasukannya menikmati perlawanan di salah sebuah stadium ikonik dunia.

"Saya menikmati masa saya sebagai jurulatih Itali dan saya ingin terus melakukannya. Saya berterima kasih kepada para pemain, kerana mereka membenarkan saya berseronok dengan pengalaman ini juga," kata Mancini.

"Bermain di Wembley semestinya menggembirakan. Terdapat pemain dalam skuad ini yang tidak pernah mengalaminya dan mereka harus menikmati peluang ini di stadium yang cukup indah.

"Apabila anda bermain bola sepak, Anda mahu bermain dalam stadium seperti ini. Saya berasa pasukan ini perlu terus memberi kegembiraan dan pada masa yang sama menghormati venue bola sepak seperti ini. Saya yakin pemain-pemain itu akan bermain dengan baik esok."