Bintang Belgium dan Leicester City, Youri Tielemans menolak spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Tielemans, yang menjaringkan gol kemenangan Leicester City dalam final Piala FA bulan lalu, terus dikaitkan dengan Liverpool setelah penghijrahan Georginio Wijnaldum ke Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 24 tahun itu masih berbaki dua tahun kontrak di Leicester dan tidak akan tertarik pada spekulasi ketika bercakap kepada media menjelang pertembungan Euro 2020 dengan Denmark Jumaat ini.

"Saya tidak melihatnya, saya hanya fokus pada kejohanan ini," kata Tielemans, yang bergabung dengan Leicester pada 2019, kepada wartawan. "Saya telah mengatakannya beberapa kali.

"Apa sahaja yang berlaku selepas itu, kita akan lihat. Saya hanya mahu fokus pada kejohanan, itu sahaja."


Telah dilaporkan Tielemans kini bernilai GBP68 jutayang mana bekas pemain tengah Monaco dan Anderlecht itu menafikannya.

"Itu tidak memberi apa-apa [untuk saya]. Ini bagus untuk wartawan dan internet," kata Tielemans, yang pernah dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini.

"Saya hanya fokus kepada Euro dan cuba melakukan sebaik mungkin. Itu sahaja."