Persembahan mantap Kevin De Bruyne dalam kemenangan 2-1 Belgium ke atas Denmark dipuji ketua jurulatih, Roberto Martinez.

Selepas tidak beraksi dalam kemenangan 3-0 Belgium mengatasi Russia ekoran rektak tulang hidung yang dialami dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL), De Bruyne membuat penampilan semula dengan aksi penuh bergaya di Copenhagen awal pagi tadi.

Yussuf Poulsen meledak gol dalam tempoh dua minit perlawanan bermula bagi membenarkan Denmark mendahului, tetapi Thorgan Hazard menyamakan kedudukan sembilan minit dalam separuh masa kedua selepas menerima lorongan pemain gantian, De Bruyne.

De Bruyne kemudian meledak gol kemenangan dengan perlawanan berbaki 20 minit, kehadiran pemain Manchester City itu dalam separu masa kedua merupakan sebahagian daripada pertukaran taktikal, dan Martinez berkata pertukaran tersebut adalah mahu menggunakan pengalamannya serta kualiti yang dimiliki.

"Anda tidak perlu meragui bakat Kevin De Bruyne," kata Martinez.

"Jelas sekali ia merupakan permintaan yang besar untuk hadir dalam separuh masa kedua dan berusaha untuk mengubah keputusan perlawanan.

"Ia bukan hanya mengenai bakat, De Bruyne tahu bagaimana dan cara untuk membantu pasukan bangkit, dan dia tidak seperti pemain yang baru sahaja menjalani pembedahan.

"Ia membuktikan bagaimanapuna, dia mengekalkan tumpuannya dalam sesi latihan, sukar untuk meragui kebolehannya."