Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand, mengakui pahit menelan kenyatan selepas England meleburkan impian pasukannya dalam Euro 2020.

Jaringan Harry Kane dalam masa tambahan menenggelamkan Danes dan kemenangan 2-1 berjaya diperoleh Three Lions di Wembley.



Kane menjaringkan gol selepas England meraih sepakan penalti yang diberikan pengandil perlawanan, Danny Makkelie, apabila Raheem Sterling dijatuhkan Joakim Maehle.

Kasper Schmeichel menafikan percubaan Kane -- namun penyerang itu cepat menampan masuk bagi memastikan England ke final bertemu Itali awal pagi Isnin ini.

Hjulmand tidak berpuas hati dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang perlawanan namun menegaskan penalti yang diraih England tidak seharusnya diberikan.

"Ia adalah penalti yang tidak seharusnya diberikan. Ia kadang-kadang menjengkelkan saya ketika ini. Kami semua sangat kecewa.

"Saya mengetahui ia kedengaran agak pelik tetapi saya tidak dapat mengawal perasaan ini. Satu perkara kami tewas, tetapi tewas dengan cara yang sangat mengecewakan kerana mereka telah berusaha sehabis mungkin.

"Pahit untuk menelan keputusan ini tetapi kami perlu membincangkannya perasaan ini. Pahit meninggalkan kejohanan dengan cara ini.

"Cara kami tewas lebih sukar untuk memahami mengapa kami tewas. Saya perlu berhati-hati dengan kata-kata saya. Kami memiliki barisan pemain yang berkualiti dan mampu melakukan sesuatu yang lebih baik sekali lagi."