Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dan pemain Republik Czech, Patrik Schick, masing-masing menjaringkan lima gol sementara Karim Benzema dari Perancis meledak empat gol dalam Euro 2020.

Penyerang Portugal itu mungkin sekadar beraksi empat perlawanan dalam Euro 2020 tetapi ia tidak menghalangnya daripada menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak kejohanan. Ronaldo menjaringkan lima, bilangan yang sama diledak penyerang Republik Czech, Schick.

BAGAIMANAPUN, Ronaldo yang berjaya meraih Kasut Emas menerusi bilangan assist yang terhasil. Ronaldo melakukan satu assist manakala Schick gagal melakukannya sepanjang kejohanan. Di tempat ketiga, Karim Benzema dari Perancis yang meledak empat gol.

A post shared by Portugal (@portugal)


Ronaldo membuka jaringan dalam Euro 2020 dengan dua gol ketika menang 3-0 ke atas Hungary, menjadikan dia sebagai penjaring gol terbanyak Euro dengan 11 jaringan.

Dia kemudian menambah satu gol ketika tewas 4-2 kepada Jerman kemudian meledak dua gol menerusi penalti ketika seri 2-2 dengan Perancis.

Menurut UEFA, dua jaringan ke atas Les Bleus menjadikan rekod Ronaldo sepanjang zaman menjadi 109 gol, menyamai rekod dunia dicipta oleh bekas penyerang Iran, Ali Daei.