Penganjuran Kejohanan Euro 2016 meransang ekonomi Perancis dengan pulangan EUR1.2 bilion (RM5.7b).


Venue pusingan akhir Euro 2016 itu menyambut 24 negara yang bertanding hasil daripada penambahan pasukan, dengan Portugal muncul juara selepas menewaskan barisan Perancis kendalian Didier Deschamps dalam perlawanan akhir di Stade de France.

Laporan yang dijalankan hasil usahasama Limoges berasaskan Undang-Undang dan Ekonomi Pusat Sukan (CDES) dan Agensi KENEO itu mendapati impak kehadiran pegawai dan pasukan yang bertanding serta 613,000 penyokong telah menjana pendapatan sebanyak EUR1.2b kepada Perancis.

"Tiada keraguan bahawa penganjuran kejohanan Euro akan memberi impak besar dari segi kewangan kepada mana-mana negara," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Penganjuran SA UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah), Martin Kallen, yang juga pengarah penganjuran Euro 2016.

"Euro 2016 membuktikan peminat sedia berbelanja untuk rombongan beramai-ramai dalam usaha memberi sokongan kepada pasukan negara mereka dan jumlah angka laporan itu menunjukkan berapa banyak wang telah dibelanjakan untuk menjana ekonomi tempatan."

Laporan itu mendapati pengunjung akan tinggal di Perancis sekitar 7.9 hari dan membelanjakan purata EUR154 (RM734) sehari dengan melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak EUR625.8 juta (RM29b)

"Penganjuran kejohanan utama boleh jadi mahal dari segi pelaburan, tapi ia akan memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung (kepada negara tuan rumah)," tambah Presiden Euro 2016 SAS, Jacques Lambert, mengenai pelaburan sebanyak EUR200 juta (RM954j) yang menggunakan dana awam.

"Ia membuktikan bahawa penganjuran kejohanan seperti ini akan memberi impak positif kepada ekonomi."