Erling Haaland inspirasi aksi garang Dortmund

Shaiful Shamsudin
Ogos 15, 2021 03:49 MYT
DORTMUND 5 FRANKFURT 2
Penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland, menjadi duri di dalam daging buat Eintracht Frankfurt apabila dua kali merobek gawang lawan dalam kemenangan 5-2, awal pagi tadi.
Ketua pasukan, Marco Reus, membuatkan Signal Iduna Park yang dihadiri 81,000 orang itu bergema buat pertama kali pada minit ke-23.
Dia bijak menyempurnakan umpanan Haaland sebelum gol sendiri Felix Passlack.
Ia tidak mengendurkan asakan tuan rumah yang menyaksikan Thorgan Hazard dan gol berganda Haaland melengkapkan kemenangan selesa itu.
Dortmund-- yang dibantu hatrik Reus dalam pusingan pertama Piala Jerman minggu lalu -- mampu menjadikan ia sebagai tonik terbaik untuk menghadapi penyandang juara Piala Super Jerman, Bayern Munich, pertengahan minggu depan selepas hampa seri 1-1 di Borussia Moenchengladbach.
#Bundesliga