Ejen kepada Christian Eriksen, Martin Schoots, berkata kini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan masa depannya apabila pemain tengah Inter itu kembali menjalani latihan bersama kelab Denmark, Odense.

Pemain antarabangsa Denmark itu tidak beraksi sejak mengalami serangan jantung ketika perlawanan pembukaan Euro 2020 membabitkan negaranya pada Jun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu sempat diberikan bantuan penafasan (CPR) dan berjaya menjalani rawatan pembedahan jantung.

Sejak itu, dia memakai alat di jantungnya dan ini bermakna dia tidak dilarang mewakili Inter dalam kancah Serie A kerana kerana tidak memenuhi syarat kecergasan sukan di Itali.

Apapun, Eriksen masih dibenarkan bermain dalam liga domestik lain di seluruh Eropah dan semalam dia dilaporkan menjalani latihan di Odense -- kelab yang diwakilinya di peringkat remaja sebelum berkelana ke Ajax pada 2008.

Ia secara tidak langsung menguatkan khabar angin bahawa Eriksen mungkin kembali beraksi dalam masa terdekat, Schoots sebaliknya berkata perancang itu tidak melihat terlalu jauh ke depan.

"Seperti mana-mana orang yang pernah mengalaminya, dia sedang berusaha untuk pulih," kata ejennya itu kepada Spox.

“Dia gemar melakukan hal ini dalam persekitaran tersendiri di Milan atau di Denmark kerana secara peribadinya, di negara kelahirannya.

“Sesekali, apabila dia meluangkan masa di Denmark dan apabila dia berasa mahu berlatih, dia mungkin menggunakan kemudahan di Odense, ia merupakan satu isyarat yang hebat daripada bekas kelabnya.

"Chris mempunyai perwatakan yang positif, optimistik dan bertenaga, tetapi ini bukan masanya untuk bercakap mengenai bola sepak. Hanya Christian yang akan menentukan sama ada dan bilakah saatnya akan tiba."

Inter mengesahkan pada Oktober lalu bahawa mereka terbuka untuk membenarkan pemain tengah itu menyertai kelab baru dalam liga di mana dia akan dibenarkan bermain.

Eriksen menyertai Inter daripada Tottenham pada Januari 2020 dan telah membuat 25 penampilan bersama juara Serie A itu.