EPL: United mendominasi, namun gagal ledak jaringan -- Solskjaer

Ammar Hakim
April 25, 2021 22:54 MYT
Ole Gunnar Solskjaer berasakan Manchester United mempamerkan prestasi yang dominan namun hanya kurang menyerlah ketika seri tanpa jaringan dengan Leeds United semalam.
The Red Devils memenangi perlawanan terdahulu 6-2 di Old Trafford Disember lalu tetapi gagal mengulanginya di Elland Road.
Sepakan percuma Marcus Rashford berjaya ditepis Illan Meslier dalam separuh masa pertama, sementara Bruno Fernandes terlepas peluang terhidang sejurus perlawanan bersambung.
Pelawat melakukan 16 percubaan tetapi sekadar empat tepat ke sasaran, bermakna kemenangan lima perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) United terhenti, memberikan peluang buat Manchester City selangkah sebelum dinobat sebagai juara.
"Saya fikir kami bermain dengan baik. Saya fikir kami bermain dengan sangat baik," kata Solskjaer kepada Sky Sports.
"Dalam separuh masa kedua, saya fikir kami mendominasi. Kami benar-benar tidak memberikan peluang, hanya tidak melakukan sentuhan terbaik untuk melakukan percubaan.
Kami mempunyai beberapa peluang yang baik tetapi, sayangnya, tidak dapat direalisasikan.
"Apabila dua pasukan bertemu, anda mencipta masalah dan anda menyelesaikan masalah. Saya berasa kami membuat mereka menyesuaikan diri dengan kami, dan kami harus menyesuaikan diri dengan mereka kerana mereka adalah pasukan yang unik.
"Saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik. Kami meletakkan perubahan yang sangat besar, bekerja keras. Sudah berkali-kali saya melihat Leeds mengalahkan pasukan pada separuh masa kedua, tetapi saya fikir ia adalah sebaliknya.
"Tentu sekali kami kecewa kerana kami tidak mendapat tiga mata, tetapi saya berasakan pemain-pemain mengetahui mereka mengalami penurunan dan mereka sangat menghormati bagaimana Leeds bermain, ditambah dengan hasil yang mereka perolehi akhir-akhir ini."

8 - There have been eight goals in Premier League meetings between Leeds and Man Utd this season, despite today's 0-0; in the competition's history, only Blackburn v Sheffield Wednesday in 1997-98 saw more goals scored when one of the two meetings finished goalless (9). Contrast.

— OptaJoe (@OptaJoe) April 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manchester United seterusnya beraksi awal pagi Jumaat, menerima kunjungan Roma di Old Trafford untuk perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa.
#Manchester United #Marcus Rashford #Leeds United #Ole Gunnar Solskjaer #Bruno Fernandes #Liga Perdana Inggeris (EPL) #Illan Meslier