EPL: Timo Werner lega temui sentuhan jaringan

Ammar Hakim
April 24, 2021 22:00 MYT
Timo Werner berjenaka 'dua gol mungkin terlalu banyak' selepas dia meledak gol kemenangan Chelsea, namun turut terlepas peluang keemasan, dalam derby London di West Ham.
Werner tidak menemui jaring dalam 14 perlawanan buat kelab dan negara, tetapi penyerang Jerman itu menamatkan kemarau bagi memastikan kemenangan 1-0 untuk memperkuatkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas bintang RB Leipzig itu menamatkan separuh masa pertama dengan gerakan cemerlang bagi membuka jaringan, namun dia gagal melunas peluang bagi menggandakan jaringan ketika perlawanan kembali bersambung.
Werner lega kembali meledak jaringan di Stadium London, tetapi tahu dia seharusnya berjaya mencetak gol untuk musim ini menjadi 12.
Walaupun bergelut dengan aksi konsisten, Werner terlibat secara langsung dalam 20 gol untuk Chelsea musim ini (11 gol, sembilan assist) -- paling banyak pemain untuk Chelsea dalam semua perlawanan.
Dia memberitahu Sky Sports, "Peluang kedua saya harus menjaringkan gol, tetapi saya harus kembali perlahan. Satu jaringan sudah cukup. Dua gol mungkin terlalu awal!
"Saya sangat gembira kerana kami memenangi perlawananini. Ini kemenangan besar bagi kami dalam perlumbaan untuk empat teratas. Ini adalah perasaan terbaik setelah memenangi perlawanan dengan menjaringkan gol.
"Itu sangat penting bagi saya dan seluruh pasukan.
"Callum [Hudson-Odoi] berkata kepada saya bahawa saya akan menjaringkan gol hari ini, dan 30 saat kemudian Tammy [Abraham] datang kepada saya dan berkata saya akan menjaringkan gol hari ini dan saya berjaya menjaringkan gol."

FT. Job done! 3 points! Well done, Blues! ? pic.twitter.com/DAQPZKvGSO

— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gol Werner adalah yang pertama sejak 15 Februari dan dia yakin akan ada banyak lagi yang akan dicapai menjelang perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Real Madrid awal pagi Rabuini.
"Musim ini bukan hanya keyakinan, mungkin juga melibatkan tuah," tambahnya. "Tahun lalu bola selalu masuk, tahun ini berbeza.
"Saya yakin peluang seperti peluang kedua juga akan masuk dalam beberapa minggu dan bulan berikutnya.
"Keputusan menentang Brighton [pada hari Selasa] sukar bagi kami kerana kami ingin mendapatkan kemenangan sebelum perlawanan West Ham. Sekarang kami mempunyai jurang ini dengan West Ham. Ia sangat penting menjelang perlawanan besar pada hari Selasa, ketika kami bermain menentang Real Madrid."
#Chelsea #Timo Werner #West Ham #Liga Perdana Inggeris (EPL)