EPL: Penolong pengadil siku Andy Robertson akan kembali beraksi

Muzaffar Musa
April 26, 2023 01:40 MYT
Penolong pengadil, Constantine Hatzidakis, akan kembali menjalankan tugasnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dan Aston Villa hujung minggu ini selepas digantung satu perlawanan berikutan perkelahiannya dengan pertahanan Liverpool, Andy Robertson.
Rakaman televisyen menunjukkan bahawa penjaga garisan itu kelihatan menyiku pemain kebangsaan Scotland berkenaan sewaktu separuh masa ketika Liverpool terikat 2-2 dengan Arsenal di Anfield pada 9 April lalu tetapi Persatuan Bolasepak England (FA) kemudian mendapati tiada sebarang salah laku yang dilakukannya.

#PL match official appointments for Matchweek 34 (29 Apr-4 May) are confirmed ➡️ https://t.co/TULtovHqYd pic.twitter.com/fWRWjfNtqr

— Premier League (@premierleague) April 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hujung minggu lalu, Hatzidakis terlibat dengan perlawanan Liga Kejuaraan di antara Preston dan Blackburn sebelum bertindak sebagai pegawai video bantuan pengadil (VAR) sewaktu Leeds United menentang Leicester City di Elland Road awal pagi tadi.
Dia kini akan bertindak sebagai pembantu kepada pengadil, Jarred Giller, bagi perlawanan United menentang Villa di Old Traffrod hujung minggu ini berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan EPL semalam.
Hatzidakis dilaporkan sudah menghubungi dan memohon maaf kepada Robertson menerusi satu panggilan video dan pemain itu menerima penjelasannya, sekali gus menyaksikan tiada sebarang tindakan lanjut diambil FA berhubung insiden itu.
#bola sepak #Andy Robertson #Liga Perdana Inggeris