EPL: Masa depan Paratici di Tottenham kian kelam selepas digantung FIFA

Muzaffar Musa
Mac 30, 2023 00:10 MYT
Masa depan Pengarah Urusan Tottenham, Fabio Paratici, bersama kelab itu kian kelam selepas penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) ke atasnya kini diperluaskan ke seluruh dunia oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Paratici merupakan salah seorang daripada 11 individu yang terkait dengan Juventus, di mana mereka digantung oleh FIGC pada Januari lalu selepas kelab itu didapati bersalah melakukan perakaunan palsu berhubung urusan perpindahan pemain.
Juventus turut ditolak 15 mata dalam saingan Serie A sebagai sebahagian daripada hukuman itu.
Paratici dan Juventus menafikan sebarang salah laku yang dikaitkan itu dengan rayuan terhadap sekatan awal yang dikenakan oleh FIGC akan didengar olah Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) pada 19 April ini.
Walaupun digantung 30 bulan, Paratici sebelum ini masih dapat menjalankan peranannya sebagai pengarah Spurs memandangkan penggantungan itu hanya melibatkan bola sepak Itali.
Bagaimanapun, FIFA malam tadi mengesahkan bahawa penggantungan yang dikenakan FIGC itu akan diperluaskan ke seluruh dunia dan ia bermakna, Paratici tidak lagi dapat memenuhi tugasannya di Spurs melainkan rayuan yang dilakukannya diterima.

? “We will fight to achieve our targets. We are prepared to fight until the end of the season. Everyone has to be focused on the last part of the season” An update from Fabio Paratici pic.twitter.com/TG6v0cTZVU

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.