EPL: Manchester United lengkapkan rekod 'kemenangan seminggu' ke atas Villa

Muzaffar Musa
Julai 10, 2020 00:14 MYT
Kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Aston Villa awal pagi tadi melengkapkan rekod kemenangan seminggu mereka ke atas kelab Midlands itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu mudah meraih kemenangan di Villa Park untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah EPL mencatatkan kemenangan dengan kelebihan tiga gol bagi empat perlawanan berturut-turut.
Mereka juga menjadi pasukan pertama dalam kejohanan itu menewaskan lawan sama bagi setiap hari berbeza dalam seminggu.
Perlawanan itu menjadi perlawanan keenam dalam era EPL di mana dua pasukan telah bertemu bagi setiap hari berbeza dan Villa kini pernah tewas kepada United dalam setiap hari dari Isnin hingga ke Ahad sejak penjenamaan semula liga divisyen utama England berkenaan.
Bruno Fernandes menjaringkan gol sepakan penalti untuk meletakkan United di depan dan pasukan pelawat itu menyamai rekod sepakan penalti terbanyak musim ini, iaitu sebanyak 13 kali.
Penyerang muda sensasi, Mason Greenwood, dan Paul Pgba turut menemui sasaran dalam perlawanan itu.

7 - Man Utd are the first team to beat an opponent on every day of the week in the Premier League, with their match against Aston Villa the sixth fixture to be played on all seven days of the week in the competition. Set. pic.twitter.com/DKcL8kglfX

— OptaJoe (@OptaJoe) July 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Aston Villa #Liga Perdana Inggeris