EPL: Liverpool kembali jaringkan gol, tamatkan kemarau kemenangan

Muzaffar Musa
Januari 28, 2021 23:07 MYT
Trent Alexander-Arnold menjaringkan gol pertamanya musim ini selain menghasilkan satu bantuan untuk menamatkan kemarau jaringan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Pasukan juara bertahan itu tidak menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan lalu dan tidak pernah menang dalam lima perlawanan sebelum ini tetapi mereka menamatkan kemarau itu di Stadium Tottenham Hotspur untuk kini menduduki tangga keempat EPL dan hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Manchester City.
Roberto Firmino membuka jaringan buat Liverpool pada penghujung babak pertama selepas gol awal Son Heung-min dibatalkan pengadil kerana berada di kedudukan ofsaid sebelum Alexander-Arnold kemudian menjaringkan gol kedua pasukannya tidak lama selepas perlawanan bersambung.
Nasib malang Spurs berterusan apabila ayam tambatan mereka, Harry Kane, tidak dapat meneruskan perlawanan dalam babak kedua kerana perlu mendapatkan rawatan bagi kecederaan di kedua-dua belah buku lalinya tetapi Pierre-Emile Hojbjerg mengecilkan jurang jaringan itu menerusi golnya berselang dua minit selepas penyudah Alexander-Arnold.
Sadio Mane kemudian memberikan Liverpool -- yang kehilangan Joel Matip pada waktu rehat kerana kecederaan -- ruang untuk bernafas menerusi jaringannya yang memastikan rekod lapan perlawanan tanpa kalah Tottenham dalam kesemua kejohanan ditamatkan.

YESSSSSSSSSS, TRENTTTTTTTT!!!!!!!

— Liverpool FC (@LFC) January 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Tottenham Hotspur #Roberto Firmino #Liga Perdana Inggeris #Trent Alexander-Arnold