Everton kini menikmati rekod permulaan musim terbaik mereka yang berusia lebih daripada 100 tahun, di mana rekod kemengan itu kali terakhir dilakukan mereka ketika memenangi saingan liga pada 1987.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu menewaskan Brighton and Hove Albion 4-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam tadi hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin, Yerry Mina dan dua jaringan James Rodriguez.

The Toffees kini memenangi kesemua tujuh perlawanan kompetitif dalam permulaan musim 2020-21 -- satu rekod yang kali terakhir dilakukan mereka dalam musim 1894-95.

Mereka kini telah menghimpunkan sebanyak 24 gol daripada kesemua perlawanan itu -- rekod terbanyak dalam lima liga utama Eropah.

Ia juga merupakan kali pertama Everton merekodkan tujuh perlawanan tanpa kalah sejak musim 1986-87, yang merupakan kali kesembilan dan yang terakhir mereka bergelar juara England.

Kali terakhir Everton merekodkan empat kemenangan berturut-turut dalam permulaan liga adalah dalam musim 1969-1970 -- satu lagi kempen yang ditamatkan mereka selaku juara.

Calvert-Lewin pula menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam kesemua empat perlawanan pertama Everton dalam satu musim EPL.