Pengurus Wast Ham, David Moyes mengakui kedudukannya di pasukan itu kini berada dalam tekanan.

Laporan mendakwa masa depan Moyes bersama pasukan itu kian di hujung tanduk jika pengurus berbangsa Scotland itu tidak dapat menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan akan datang -- yang sepatutnya boleh memihaknya.

The Hammers akan berdepan satu lagi pasukan yang bergelut di kelompok bawahan Liga Perdana Inggeri (EPL), Wolves, awal pagi esok sebelum bertemu Fulham, Southampton dan Bournemouth sambil akan bertandang ke laman Liverpool jika masih diberikan kepercayaan untuk menguruskan pasukan itu.

Bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Wolves, Moyes berkata: "Jika anda melihat kepada beberapa tahun lalu, jika anda kata West Ham akan sampai ke tahap ini dalam kedudukan liga, anda akan katakan ia sudah cukup bagus.

"Kami mahu memberikan cabaran, kami mahu kekal dalam liga.

"Kami tidak mendapatkan permulaan baik seperti yang kami harapkan -- kami telah beraksi lebih banyak perlawanan berbanding kelab-kelab EPL lain, kami memulakan musim dengan hanya seorang pertahanan tengah yang cergas dan terpaksa mencuba untuk menyepadukan tujuh atau lapan pemain, jadi ia bersebab.

"Tetapi saya sedar saya hanya akan dinilai melalui keputusan dan kami perlu menjadi lebih baik," katanya.