EPL: Berbaki 10 lagi perlawanan --  Arsenal, Liverpool atau Manchester City bakal muncul juara EPL?

Fariha Razak
Mac 12, 2024 07:42 MYT
Tiga pasukan teratas di Liga Perdana Inggeris hanya dipisahkan dengan satu mata berbaki 10 lagi perlawanan menyaksikan perebutan takhta liga bakal menjadi lebih hangat di antara pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.
Selepas ‘top of the table clash’ antara Liverpool dan Manchester City tempoh hari berkahir 1-1, kini Arsenal mendahului walaupun terpaksa berkongsi 64 mata bersama Liverpool yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan diikuti The Citizens di kedudukan ketiga dengan 63 mata.

…who’s gonna win the Premier League? ?? pic.twitter.com/MlpvIEZkpX

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melihat kepada perkongsian di laman X, rata-rata peminat bola sepak sudah pun meletakkan jangkaan ataupun peluang mengenai perjalanan ketiga pasukan ini untuk bergelar juara dan yang bakal menjadi aspek utama adalah sudah tentu pasukan mana yang bakal ditemui selepas ini.

The Premier League top three against each other this season: ? Arsenal - 2W 1D 0L ? Liverpool - 0W 3D 1L ? Man City - 0W 2D 1L Arsenal are the only team with a win and the only one without a loss. The Etihad awaits… pic.twitter.com/Ebc6HVMl9j

— Scarlett Audrey (@scarletAudrey10) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Predict the final points of each top three team,as for me this is the team that will determine the Winner apart from the obvious "Totenham" Arsenal vs Wolves Liverpool vs Fulham City vs Totenham Considering how brilliantly the above mentioned team are really doing well. pic.twitter.com/ritMjG2l30

— Ekama Jack (@ekama_jack) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan jadual perlawanan, mungkin Arsenal terpaksa berdepan jalan yang lebih sukar berbanding Manchester City dan Liverpool kerana anak buah Arteta masih mempunyai beberapa siri perlawanan di tempat lawan walaupun selepas buat perhitungan di Etihad berdepan city pada 31 Mac.
Saingan di Utara London menanti bertemu Tottenham, Manchester United, Brighton dan juga Wolves.
Buat Liverpool pula, Klopp telah melakukan tugasnya dengan baik walaupun ramai pemain utama yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan. Cumanya, fokus Liverpool terpaksa dibahagikan untuk mengimbangi kejuaraan mereka dengan mengharungi saingan di Liga Europa dan Piala FA.
Juara bertahan, Manchester City boleh hela nafas lega selepas terselamat daripada 'tsunami' Liverpool dan masih berpeluang dalam pemburuan takhta dan jika pelawanan di Etihad berdepan Arsenal dan Villa berjalan lancar, hanya Spurs yang bakal menjadi cabaran sukar kerana terpaksa berkunjung ke laman lawan dalam 8 perlawanan terakhir mereka.
#bola sepak #EPL