Kapten Penang FC, Endrick Dos Santos, hanya tersenyum apabila diajukan mengenai kemampuan casagrande menjelang aksi dengan Kuala Lumpur City.

Jika tumpuan sepenuhnya terarah buat Casagrande, Endrick menegaskan situasi itu mampu mencetus keadaan lebih mudah untuk dia melakukan tugasan di Stadium Cheras.

Selepas membelasah Terengganu FC 4-1, nama Penang FC makin dapat perhatian.

Bagi kapten pasukan, Endrick, ia sesuatu yang positif menjelang pertemuan dengan KL City.

Dalam jangkaan skuad Tomas Trucha, Casagrande akan mendapat tumpuan lebih daripada pasukan Bojan Hodak.

Ia memberikan kelegaan buat Endrick yang memasang impian untuk mencetak jaringan.

"Kami mengetahui lawan akan memberikan tumpuan kepada Casagrande sekaligus membuka peluang buat saya menghasilkan jaringan dan bermain dengan lebih bebas di atas padang," kata Endrick.

Melegakan buat pasukan yang kini sinonim dengan jolokan 'giant killers', ini apabila kesebelasan terbaik cergas sepenuhnya untuk beraksi malam ini.

"Pemain yang beraksi bertemu Terengganu semuanya dalam keadaan yang baik, terdapat masalah kecederaan tetapi ia tidak menjejas perancangan pasukan," katanya lagi.