Ketua jurulatih Arsenal, Unai Emery, menganggap Pep Guardiola sebagai pengurus terbaik dunia.

Emery akan bertembung dengan Guardiola ketika Arsenal bertandang ke Stadium Etihad pada esok, dengan rekod tidak menyebelahi bekas pengendali Sevilla dan Paris Saint-Germain itu.

Arsenal mengalami kekalahan 2-0 kepada City dalah aksi sulung yang berlangsung pada Ogos tahun lalu.

Emery memberikan pujian kepada Guardiola, yang telah merangkul gelaran bersama City, Bayern Munich dan Barcelona.

"Saya telah mengananalisa banyak pasukan dan jurulatih dan sukar mencari seseorang yang lebih baik daripada Guardiola," kata Emery.

"Guardiola memiliki karier yang menakjubkan. Kami bermula bersama-sama, dia mengenali skuad Barcelona B, saya bermula bersama Lorca dan Almeria.

"Banyak yang saya pelajari melihat kepada pasukannya. Apa yang dicapai dalam kariernya meletakkan dirinya sebagai pengurus terbaik dunia."

Arsenal kini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), sembilan mata ketinggalan kepada City.