Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, memberitahu bahawa Neymar akan turut serta bersama pasukannya menjelang aksi final Piala Perancis walaupun masih belum dapat beraksi.

PSG akan melengkapkan kejuaraan ketiga di pentas domestik sekiranya menundukkan lawan divisyen tiga, Les Herbiers, di Stade de France awal pagi esok.

Neymar sudah kembali ke ibu negara Perancis itu selepas dua bulan berehat akibat kecederaan kaki dan baru sahaja melalui proses pemulihan di gimnasium bagi mendapatkan semula tahap kecergasan.

Bagaimanapun, Emery mengesahkan aksi final itu masih terlalu awal buat bintang Brazil itu untuk kembali ke padang sambil PSG juga terpaksa melupakan khidmat Marco Verratti.

“Neymar akan meneruskan prosesnya dan akan bersama pasukan esok,” kata Emery.

“Saya bercakap dengannya tetapi tiada apa yang dapat dilakukan dengan final Piala Perancis.

“Neymar dan Verratti akan diketepika, sementara pemain lain akan diketahui kemudian.”

Dalam masa sama, kapten PSG, Thiago Silva, turut menambah: “Neymar berada dalam keadaan baik, perkembangannya semakin bagus dan akan berada di sini esok.

“Dia meratapi tidak dapat menyertai sesi latihan bersama kami.”