Mampu beraksi dalam dua posisi bakal membuka ruang lebih banyak kepada sesetengah pemain itu, ia mampu menjadi kelebihan bagi mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan Shahrul Saad di bahagian pertahanan dan Brendan Gan di tengah pasukan menjelang aksi pertama dengan Emirah Arab Bersatu, Junior Eldstal umpama pilihan tepat.

Memiliki karakter hampir sama di atas padang, namun syarat yang perlu dipenuhi Elstald adalah aksi persahabatan dengan bahrain.

Jika aksi 45 minit ketika bertemu Kuwait masih ada lompongnya, pertemuan dengan Bahrain esok adalah jangka hayat kedua untuk Eldstal menempah slot utama.

Kehadiran Estald tepat pada waktu buat Tan Cheng Hoe.

Kehilangan dua tonggak menjelang pertemuan dengan UAE, jawapannya seolah-olah ada pada Eldstal.

Ditambah dengan peluang 45 minit bertemu Kuwait umpama bayangan betapa pemain itu ada dalam perancangan Cheng Hoe.

"Ia terpulang kepada jurulatih, saya akan terus berusaha dalam sesi latihan dan cuba memberikan yang terbaik jika diturunkan beraksi. Kami mengetahui kemampuan pasukan lawan dan kami awal datang ke sini untuk menyesuaikan diri kerana mahu mendapatkan keputusan positif," kata Eldstal.

Segala-galanya terpulang kepada Cheng Hoe.

Aksi persahabatan dengan Bahrain membawa dua misi penting, mencetak kejutan ketika Cheng Hoe juga perlu menilai pemain yang selayaknya diisi menjelang aksi penting bertemu UAE.

"Saya cuba memberikan yang terbaik, saya juga yakin mampu memberikan yang lebih baik bagi perlawanan akan datang."

Sementara itu, Cheng Hoe menyedari perubahan drastik perlu dilakukan segera.

Kekalahan dan lompong ketika perlawanan ujian bertemu Kuwait perlukan sentuhan magis menjelang aksi persahabatan dengan Bahrain.

"Kami sedang menilai dan meneliti tahap kecergasan pemain dan melihat sama ada mereka bersedia serta bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan bertemu Bahrain sekaligus bersedia untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia ini," katanya.