Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan pula, isu pembayaran gaji pemain import utama Sandro Da Silva, dianggap sudah berlalu.

Malah, Elavarasan tidak meragui komitmen tonggak import kelahiran Brazil berkenaan untuk terus memacu kelab Borneo itu mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu.

"Isu-isu seperti ini biasanya akan mengganggu pemain.

"Ini perkara yang melibat pengurusan dan pemain. Pihak pengurusan pastinya akan buat yang terbaik bagi memastikan tahap mentalnya (fokus) untuk menjalani persiapan.

"Perkara ini akan diselesaikan secara baik, (lagipun) Sandro berlatih macam biasa," katanya dalam Nadi Arena hari ini.





Jurulatih kelab Liga Perdana itu juga akur dengan sebarang keputusan Liga Bolasepak Sepak (MFL) melarang penganjuran Liga Malaysia (Liga-M) di Lembah Klang, khususnya bagi aksi tertunda menentang Selangor II biarpun ia melibatkan kos yang tinggi.

"Semua pasukan akan lalui.

"Kami perlu patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan."

Sarawak United akan menentang Selangor II pada 17 Julai depan sebelum bertemu Perak II (25 Julai) diikuti Kuching City (31 Julai).