Jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, menyambut baik kehadiran B. Sathianathan, sebagai pengarah teknikal pasukan itu sebagai kawan dan bukannya lawan walaupun kedua-duanya pernah "bermusuhan" di atas padang sebelum ini.

Sedia berganding bahu untuk melunaskan misi wakil Borneo itu ke Liga Super 2022, Elavarasan yang ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, juga mengesahkan kehadiran beberapa muka baru termasuk bekas sosok kapten Selangor.

"Kami sama-sama menghormati kerja masing-masing.

"Sebagai jurulatih, dari dulu saya sedia mendengar pandangan orang lain tetapi saya akan membuat kata akhir.

"Dengan kehadiran Sathianathan, ia satu langkah yang lebih baik," kata bekas jurulatih Melaka United itu kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.


Kontrak tamat bulan ini dan ikut calendar #ThaiLeague ada dua lagi game BG Pathum United untuk Norshahrul Idlan Talaha...

Posted by Team Malaysia on Monday, December 14, 2020


Sementara itu, dia turut mengakui hubungan baik dengan pemain, memudahkan urusan persediaan pasukan itu musim depan.

Tidak hairanlah nama-nama seperti Taylor Regan dan Norshahrul Idlan Talaha percaya dengan apa yang mampu dibawa pasukan itu musim depan.

"Yang pertama, kami perlu lihat kemampuan sendiri sebelum memilih pemain-pemain yang sesuai untuk Liga Super.

"Kemampuan ini hadir menerusi penajaan yang diuruskan oleh Sathianathan.

"Ia boleh membolehkan kami membuat tawaran yang lebih baik kepada pemain-pemain.

"Kemampuan bajet telah membawa kepada keputusan untuk kami membawa masuk pemain-pemain ini.

"Ia akan membantu Sarawak mencapai matlamatnya dengan lebih cepat," katanya lagi.