AS ROMA 1 SHAKHTAR DONETSK 0

Edin Dzeko memuji rakan sepasukan Roma yang menunjukkan kesabaran ketika mereka mengatasi Shakhtar Donetsk 1-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.


Kemenangan 1-0 selepas tewas 2-1 di Kharkiv membawa Roma ke suku akhir menerusi peraturan jaringan di tempat lawan apabila Dzeko menemui sasaran ketika perlawanan babak kedua baru dimulakan tujuh minit.

Dan meskipun skuad Serie A itu tenggelam dalam sebahagian besar aksi di Stadio Olimpico, pemain kelahiran Bosnia itu memuji pasukannya yang tidak panik sebelum mengesahkan kemaraan.

"Ia adalah malam yang hebat untuk saya, untuk Roma dan kelab keseluruhannya," kata Dzeko kepada UEFA.com. "Kami berhak dengan kemenangan ini.

"Kami bersabar. Kami tahu bahawa satu gol boleh membawa kami mencapai peringkat suku akhir. Kami menjaringkan gol itu dan kemudian kami melakukan segala-galanya.

"Saya melakukan (fikir percubaan kedua masuk) tetapi entah bagaimana bola tersasar . Ia (kalau masuk) adalah gol emas.

"Saya bangga dengan skuad ini kerana saya fikir kami berjaya mengalahkan pasukan yang sangat kuat."

Dia menambah: "Semua pemain layak mendapat tepukan kerana kami semua memberikan segala-galanya sehingga minit terakhir. Kami berhak melangkah ke peringkat suku akhir."

Dan legenda Roma, Francesco Totti, turut mengucapkan tahniah kepada bekas pasukannya itu menerusi Twitter.

"Keputusan yang hebat, Roma hebat: antara lapan pasukan terbaik di Eropah," katanya. "Kami memberi tekanan untuk mara ke pusingan seterusnya."