Blaise Matuidi menyifatkan Paulo Dybala sebagai seorang "genius" dan bakal menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

Sejak menyertai Juventus daripada Palermo pada 2015, penyerang itu telah menerima pujian di Stadium Allianz, dengan menjaringkan 59 gol dalam semua kejohanan buat skuad Bianconeri.

Dia juga merupakan penjaring terbanyak pasukan dalam Serie A musim ini dengan 14 gol di samping membuat tiga bantuan jaringan dalam usaha memberikan saingan kepada Napoli untuk menjuarai Scudetto.

Kualiti yang dimiliki Dybala menarik perhatian Matuidi yang menyertai pasukan daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos lalu. Bergandingan bersama Miralem Pjanic di bahagian tengah menemui sesuatu yang istimewa dalam persembahan Dybala.

"Saya melihat Dybala berkembang menjadi seorang pemain yang benar-benar berkualiti," kata Matuidi.

"Bersama bola, dia adalah seorang genius.

"Pjanic telah melakukan sesuatu yang menarik dan masih mempunyai waktu bermain yang masih panjang. Ketika anda mendekatinya, anda akan mula menyedari penyerang ini mampu melakukan segala-galanya," katanya.