Dybala selamat maruah Juventus di San Siro

Ammar Hakim
Oktober 25, 2021 00:08 MYT
Penalti Paulo Dybala pada penghujung permainan menafikan jaringan pembukaan Edin Dzeko ketika Inter terikat seri 1-1 dengan Juventus dalam aksi Serie A.
The Bianconeri bermula hambar -- selepas melewati tiga perlawanan pertama musim ini tanpa kemenangan -- namun telah bangkit dengan empat kemenangan sebelum berkunjung ke Inter, yang berdepan dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga buat pertama kali sejak Mac 2020.
Bagaimanapun, Dzeko yang membuka jaringan selepas 17 minit di San Siro dengan gol yang kelapan musim ini.
Sembilan perlawanan tanpa kalah Juve dalam semua pertandingan kelihatan bakal lebur namun jaringan penalti yang disumbat masuk Dybala menyelematkan satu mata buat Juve.

89’ | ? | GET IN!!!!! @PAUDYBALA_JR LEVELS FROM THE SPOT!!!!! ?⚽️#InterJuve [1-1] #ForzaJuve @play_eFootball pic.twitter.com/SIpdbS2ofe

— JuventusFC (@juventusfcen) October 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Juventus #Inter