Paulo Dybala, Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain membantu Juventus berkelebihan tujuh mata di puncak Serie A selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Lecce, yang beraksi dengan 10 pemain, di Stadium Allianz awal pagi tadi.

Kehilangan Fabio Lucioni yang dibuang padang dalam babab pertama menjejaskan rentak Lecce, yang memulakan permainan dengan baik, untuk akur dengan penyudah cemerlang daripada Dybala pada minit ke-53

Ronaldo dan Federico Bernardeschi perlu dipersalahkan kerana ketumpulan mereka pada awal pemainan tetapi Ronaldo kemudian menemui jaringannya yang ke-23 dalam kempen Serie A musim ini menerusi sepakan penalti sebelum membantu gol Higuain.

Matthijs de Ligt menambah gol keempat ke gawang Lecce untuk skuad kendalian Maurizio Sarri itu melebarkan kelebihan mata mereka ke atas Lazio, yang tewas 2-3 kepada Atalanta dalam perlawanan terdahulu, biarpun lawan itu berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Andrea Rispoli menyepak voli yang tersasar ketika Juve hampir dibolosi pada minit keempat.

Gabriel kemudian menepis sepakan jarak jauh Adrien Rabiot dan percubaan Ronaldo pula tersasar ke sebelah kanan gawang lawan untuk Juventus kembali menguasai permainan.

Rodrigo Bentancur, yang turun dalam aksinya yang ke-100 buat Juve, mengatasi Lucioni dalam jarak 40 ela di depan gawang lawan sebelum pertahanan tegah itu melakukan bentesan untuk dilayangkan kad merah.

Ronaldo, yang melakukan tandukan jarak dekat daripada sepakan sudut Dybala, bergandingan dengan Bernardeschi, yang kemudian menyepak tinggi bola dari dalam kotak penalti.

Gabriel sekali lagi muncul penyelamat ketika menepis tandukan Leonardo Bonucci pada awal babak kedua, namun dia tidak berdaya untuk menghalang gol pembukaan Dybala.

Kesilapan hantaran Evgen Shakhov disambar Ronaldo, yang melakukan hantaran untuk penyerang Argentina itu melakukan percubaan lencong dengan kaki kiri yang menuju ke penjuru kanan atas gawang lawan.

Ronaldo mematikan semangat lawan selepas sejam perlawanan apabila menjaringkan sepakan penalti yang dimenanginya susulan dijatuhkan Luca Rossettini.

Bintang Portugal itu hampir menambah jaringan ketiga seandainya Gabriel gagal menafikan tandukannya tetapi dia bijak melakukan kuisan tumit yang disudahkan Higuain

De Ligt kemudian menanduk masuk bola sepakan sudut Douglas Costa untuk Juve meraih kemenangan selesa.