Penyerang Juventus, Paulo Dybala, memohon maaf kerana melanggar protokol koronavirus dengan menghadiri satu majlis bersama beberapa rakan sepasukannya.

Akhbar Itali, La Stampa, melaporkan semalam bahawa pihak polis telah dipanggil ke rumah Weston McKennie pada lewat malam semalam untuk menyuraikan satu majlis keraian yang dihadiri 20 individu.

Arthur turut didakwa berada dalam majlis di Turin itu dan ketiga-tiga pemain berkenaan dikhabarkan telah didenda dengan jumlah yang besar dan mungkin digantung perlawanan kerana menghadiri majlis perhimpunan pada waktu perintah berkurung.

Juventus masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tetapi Dybala menggunakan platform Instagram miliknya untuk mengakui bahawa dia terlibat dengan perkara itu.

"Ia bukan satu parti tetapi saya tetap bersalah dan saya memohon maaf," tulisnya.

Terdahulu, Juventus turut mengumumkan semalam bahawa dua pemain mereka, Leonardo Benucci dan Merih Demiral, disahkan positif COVID-19.