Bintang Juventus, Paulo Dybala, mahu berdepan Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) untuk mengulangi kejayaan pada tahun 2015.

Juara Serie A itu mara ke suku akhir awal pagi tadi sesudah menewaskan Porto 1-0 di laman sendiri untuk menjadikan agregat 3-0.

Dybala, yang menyertai Juve dari Palermo pada musim 2015-16, berkata berdepan gergasi LaLiga itu adalah satu pertemuan ideal.

"Adakah saya mahu bertemu Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich? Saya mahu berdepan Barca dalam final," kata Dybala.

"Dua tahun lalu, saya tidak bersama pasukan."

Dybala, yang menjaringkan gol kemenangan ketika berdepan Porto, optimis pasukannya mampu melayakkan diri ke final

"Kini, perlawanan sukar menanti kami.

"Undian ini akan menentukan segala-galanya. Kami akan cuba yang terbaik."