Bintang Juventus, Paulo Dybala, teringin untuk menjaringkan gol melepasi penjaga gol Porto, Iker Casillas.

Pendahulu Serie A itu bakal berdepan skuad kendalian Nuno Espirito Santo bagi menghadapi aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), berbekalkan kelebihan dua gol daripada aksi pertama.

Pemain gantian, Marko Pjaca dan Dani Alves, mencetak jaringan perlawanan, dengan Porto terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas Alex Telles dilayangkan kad merah.

Dybala hanya menjaringkan satu gol dalam saingan UCL musim ini selepas menghasilkan tiga gol serta tiga bantuan jaringan dalam lima perlawanan liga, dan penyerang Argentina itu berharap untuk meledak gol menembusi legenda Sepanyol dan Real Madrid itu.

"Casillas adalah seorang penjaga gol yang memiliki sejarah dan memenangi banyak perlawanan bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Sepanyol," kata Dybala.

"Sebagai penyerang, saya gemar untuk menjaringkan gol. Ia adalah tugas untuk memenangi perlawanan. Ia akan menjadi jaringan yang istimewa jika saya mampu menembusi penjaga gol seperti Casillas.
"Bekerjasama dengan Gianluigi Buffon adalah satu pengalaman di luar jangkaan, sukar untuk menerangkannya, tetapi dia merupakan tonggak pasukan dan seorang individu yang sangat penting."