TOTTENHAM 1 JUVENTUS 2
(Juventus mara ke suku akhir dengan agregeat 4-3)


Juventus bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Tottenham 2-1 di Wembley dan memastikan kemenangan agregat dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit untuk menghantar kelab dari Serie A itu ke suku akhir UCL.

Spurs menjadi pasukan pertama untuk menafikan defisit dua gol di Stadium Allianz dalam aksi pertama dan meneruskan momentum mereka, dengan Son Heung-min memberikan gol pembukaan sebelum tamat separuh masa.

Bagaimanapun, perubahan dalam sistem pasukan Massimiliano Allegri mengubah rentak perlawanan, dengan Higuain menyamakan kedudukan sebelum mengumpuan untuk Dybala menjaringkan gol pertama dalam aksi UCL dalam tempoh 330 hari.