ARSENAL 2 BRENTFORD 1
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memuji bintang muda England, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka, selepas mereka memacu kemenangan 2-1 The Gunners ke atas Brentford.
Smith Rowe dan Saka turut merakam jaringan dalam separuh masa kedua untuk menjinakkan The Bees tetapi Christian Norgaard menjaringkan gol sagu hati buat pelawat dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Smith Rowe kini memiliki koleksi sembilan gol liga musim ini sementara hanya Raheem Sterling (10) mengumpul jumlah yang lebih baik daripadanya dalam kalangan pemain Inggeris musim ini.
Bercakap selepas perlawanan itu, Arteta memuji pemain mudanya yang berusaha keras memenangi perlawanan sambil memuji persembahan meyakinkan mereka itu.
"Mereka adalah pemain yang telah dibesarkan dalam sistem kami dan saya sangat gembira kerana kami mempunyai pemain ini untuk menggalas bertanggungjawab," katanya.
"Mereka berjaya memenangi perlawanan untuk kami, pada usia ini ia sangat mengagumkan. Saya rasa kami bermain dengan sangat baik sebelum gol pertama terhasil dan kami mencipta beberapa peluang hebat dalam babak awal tanpa menjaringkan gol.
"Tetapi dalam babak kedua kami benar-benar yakin, menjaringkan gol dan memburu gol kedua dalam usaha membunuh permainan. Malangnya kami melepaskan satu gol tetapi secara keseluruhan, saya fikir kami harus gembira dengan perlawanan ini daripada segi keputusan dan prestasinya."
Arteta turut melahirkan rasa bangga dengan perkembangan pasukannya sejak kecundang 0-2 kepada The Bees pada hari pembukaan musim ini, kekalahan pertama daripada tiga perlawanan berturut-turut.
"Ia adalah satu tempoh yang tidak ternilai untuk saya memahami individu yang kami ada di kelab ini, pemain serta kakitangan di sini," katanya.
"Ia mengubah kami. Kami daat belajar lebih banyak tentang pasukan sendiri pada detik yang lebih sukar.
"Kekalahan kepada Brentford itu menyakitkan dan parutnya masih ada.
"Saya berasakannya dan hari ini saya cuba menyampaikan kepada pemain bagaimana perasaan kami selepas perlawanan itu."
Shaiful Shamsudin
Sun Feb 20 2022


Tuchel backs Gallagher and Hudson-Odoi to fight for minutes at Chelsea
Conor Gallagher and Callum Hudson-Odoi can both fulfil their potential at Chelsea, according to Blues boss Thomas Tuchel.

Cameron Smith and Will Zalatoris move to within two strokes of 54-hole leader J.J. Spaun
Smith and Zalatoris were among Saturday's top performers, while Spaun looks to complete a wire-to-wire victory.

Neville: It's a real achievement for Man Utd to spend a billion pounds and be this bad
Gary Neville took aim at those in charge after Manchester United's performance in the 4-0 hammering by Brentford.

Premier League data dive: Man Utd hit 30-year low as outstanding Jesus downs Foxes
Manchester United suffered another dismal loss as Arsenal, Manchester City and Brentford all hit four home goals in the Premier League.

Ten Hag will not abandon his philosophy at Man Utd after Brentford humiliation
Manchester United were thrashed by Brentford on Saturday, but Erik ten Hag insists it had nothing to do with his tactics.

Mbappe sulk down to lack of match fitness, explains PSG boss Galtier
Christophe Galtier had no issues with Kylian Mbappe's stroppy display in Paris Saint-Germain's 5-2 win over Montpellier.

Xavi asks Barcelona fans for 'patience' after Rayo Vallecano draw
Barcelona's LaLiga campaign got off to a slow start with a goalless draw at Camp Nou against Rayo Vallecano.

Foster has 'no idea' if he will remain as All Blacks coach despite Springboks win
An impressive showing from New Zealand saw them beat South Africa in Johannesburg on Saturday, but it may not save coach Ian Foster's job.

Argentina 48-17 Australia: Pumas romp to rare win over depleted Wallabies
Australia had lost just one of their previous 14 Tests against Argentina, but in San Juan on Saturday they were on the end of hiding.

Milan 'must not repeat defensive errors' – Pioli warns champions despite opening-day win
A brace from Ante Rebic helped defending Serie A champions to an opening day win against Udinese, sealing a 4-2 victory at San Siro.