Pelan tahun baru Mikel Arteta tidak berubah berdasarkan dua keputusan terkini Arsenal, namun Bukayo Saka terus menghidupkan semangat yang diperlukan The Gunners.

Arsenal tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan dan menghuni tangga ke-15 pada Hari Krismas tetapi sejak itu mereka telah mengatasi Chelsea dan Brighton and Hove Albion.

Kemenangan 1-0 di Brighton terhasil menerusi jaringan Alexandre Lacazette 29 saat selepas memasuki perlawanan sebagai pemain gantian awal pagi tadi.

Skuad kendalian Arteta kini sembilan mata bebas daripada zon penyingkiran, pasti membantah sebarang perbincangan penyingkiran, dan mereka tidak berancang untuk berhenti di situ.

Asked if back-to-back wins for only the second time this season in the league would affect the urgency to make moves in the coming transfer window, Arteta replied: "No, the last few results won't change our approach to the window."

Dengan Mesut Ozil diketepikan daripada skuad Arsenal bagi saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa, perancangan Real Madrid, Isco berkemungkinan berpotensi untuk memberikan dimensi berbeza dalam pasukan.

Sepanjang tujuh tahun setengah di Real, hanya Karim Benzema (60), Cristiano Ronaldo (47) dan Toni Kroos (46) melakukan assist lebih banyak berbanding Isco (42), yang menghasilkan 306 peluang dalam 217 perlawanan.

Bagaimanapun, Arsenal sudah mula menghadirkan aksi kreatif daripada prestasi pemain kebangsaan England, Saka.

Assist yang berkualiti buat Lacazette merupakan yang ke-15 dalam semua pertandingan sejak musim lalu, lebih daripada mana-mana pemain Arsenal.



Saka melakukan tiga hantaran penting di Stadium Amex, selepas meledak gol kedua musim ini ketika bertemu Chelsea.

Arteta pula berkata, "Saya mahu semua berhati-hati dan membenarkan dia berkembang.

"Saya berasakan dia sedang berada dalam proses itu. Saya berasakan dia disekeliling oleh orang yang betul.

"Mudah-mudahan kita dapat menjadi jurulatih yang tepat di sekelilingnya dan kelab yang tepat untuk melihat apa yang dia hasilkan pada masa akan datang."