Dua gol pantas pastikan PSG bangkit lakar kemenangan

Ammar Hakim
Ogos 7, 2021 22:53 MYT
TROYES 1 PSG 2
Paris Saint-Germain memulakan saingan Ligue 1 dengan kemenangan 2-1 di sebalik mengalami kejuatan awal ketika bertemu Troyes.
Jaringan Oualid El Hajjam pada minit kesembilan memberikan kegembiraan buat tuan rumah namun ia bersifat sementara apabila 10 minit kemudian apabilal Achraf Hakimi meledak gol pertama untuk kelab barunya sekaligus menyamakan kedudukan.
Mauro Icardi menggandakan jaringan dua minit kemudian sekaligus cukup untuk memastikan kemenangan, menjolok bola itu mengatasi penjaga gol, Gauthier Gallon, selepas gerakan cemerlang dipamerkan Kylian Mbappe.

FULL-TIME: Troyes 1-2 @PSG_English It's 3️⃣ points to start the #Ligue1 season! ✅ Goals from @AchrafHakimi and @MauroIcardi ?#Ligue1 | #ESTACPSG pic.twitter.com/GFg5AnYSuW

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ligue 1 #Troyes #Paris Saint-Germain #Achraf Hakimi #Oualid El Hajjam