Dua gol Giroud bantu Milan lebar rekod tanpa kalah

Ammar Hakim
Ogos 29, 2021 23:59 MYT
Olivier Giroud menjaringkan dua pertamanya buat Milan untuk membantu pasukannya mengekalkan rekod kemenangan dengan keputusan penuh bergaya menundukkan Genoa 4-1 dalam aksi Serie A di San Siro semalam.
The Rossoneri terpaksa bekerja keras minggu lalu ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Sampdoria namun terbukti terlalu ampuh buat Genoa ketika mereka memberikan persembahan cemerlang buat penyokong yang kembali ke stadium dengan empat gol yang diledak dalam separuh masa pertama.
Alessandro Deiola menjaringkan gol pertama Genoa dalam enam perlawanan bertemu Milan bagi menafikan jaringan pembukaan Sandro Tonali, namun Rafael Leao dan dua jaringan Giroud menyaksikan tuan rumah selesa mendahului perlawanan.
Milan mengawal permainan dengan tenang hingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan mereka merekodkan tujuh perlawanan liga tanpa kalah sejak musim lalu.

That moment time slows down ⏳#MilanCagliari #SempreMilan pic.twitter.com/Jye6z4w2n1

— AC Milan (@acmilan) August 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Milan #Genoa #Olivier Giroud