Draxler sudah bersedia beraksi dalam Ligue 1 -- Emery

Stefan Coerts
Januari 13, 2017 17:52 MYT

Unai Emery berkata Julian Draxler berada di tahap terbaik untuk membuat penampilan pertama dalam Ligue 1 minggu ini dan percaya pemain kebangsaan Jerman itu adalah pemain yang sesuai buat Paris Saint-Germain (PSG).

Draxler berhijrah ke Paris untuk bersama juara bertahan Ligue 1 itu awal bulan lalu selepas gagal menyerlah dalam Bundesliga bersama Wolfsburg dan meledak gol sulungnya bersama PSG ketika membenam Bastia 7-0 dalam aksi Coupe de France.
Pemain berusia 23 tahun itu terlepas aksi berdepan Metz akibat kecederaan ringan tetapi pengendali pasukan, Emery berkata Draxler sudah bersedia untuk berdepan Rennes dan yakin pemain itu mampu mencipta impak buat PSG.
"Draxler adalah seorang pemain yang penting," kata Emery.
"Dia mampu beraksi di bahagian sayap kiri dan pasukan ini memerlukan kualiti sepertinya."