Thomas Tuchel berasakan Borussia Dortmund sepatutnya mudah menewaskan RB Leipzing dengan empat gol selepas melakar kemenangan tipis 1-0 di Signal Iduna Park, malam tadi.

Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol tunggal perlawanan 10 minit sebelum berakhir babak pertama.

Dortmund sepatutnya melebarkan jurang menerusi Marco Reus tetapi beberapa percubaan pemain itu gagal menerjah gawang.

"Kami bermain dengan baik sepanjang tempoh 90 minit," Tuchel memberitahu media. "Kami menang 1-0 sedangkan kami mampu melakar jaringan lebih besar.

"Bagaimanapun, kami layak mendapat tiga mata ini."

Sementara itu, Tuchel turut mengakui Reus sepatutnya bertindak lebih cemerlang di hadapan gawang lawan, namun yakin pemain itu mampu bangkit dalam aksi DFB-Pokal berdepan Hertha Berlin pada Rabu.

"Dia perlu berehat," ujar Tuchel.

"Selepas itu, saya pasti dia akan kembali meledak gol apabila berdepan Hertha."